Sunday, September 26, 2004

Updates

"...update la kamu sebelum kamu diupdatekan..." Ngeehehe... lama dah rasanya tak update blog bodoh ni. Sebenarnya, bukan takde apa2 nak citer, tapi malas nak taip. Lagipun, ini kan temapt aku merapu. So, kalau takde update tu maknanya aku tak merapu lah tu pada hari2 yg berkenaan. Hahah~!!


sekadar gambar hiasan


Actually, sebab yg membuatkan aku segan nak update 2 minggu yg lalu ialah...~ hehe~ Ada lak sorang minah ni ckp dia suka blog aku sbb it shows my loneliness. My loneliness~??! Wehh... lonely sgt ke aku ni? Am I a loner? Apa yg aku tulis semua kat sini mmg menampakkan aku ni lonely ke? Aaarrgghh...~!! Kalau ye pun, jgn la ckp kat aku yg aku ni lonely... baca je blog ni udah le. Hehee~ Kan aku dah segan nak update2 ni!

Lepas tu, aku ada la pulak ckp kat sorg kwn ni, "aku malas la nak cerita pasal kehidupan aku hari2...". Dia ckp balik kat aku, "abis tu, apa guna ko ada blog?". Huh~? Apa guna aku ada blog kalo camtu eh?... atau pun, apa guna blog aku camtu? Apa org buat blog ni sbb nak citer kisah hidup seharian je ke? Takde privacy la kalo camtu... sukati la kan, ada org nak buat mcm diary la. Ada org lain pulak buat tempat taruk artikel best2 la. Aku nak buat blog aku ni tempat merapu. So, at least kalau ada update, org yg selalu dtg sini tahu yg aku masih hidup, masih mampu merapu, dan masih hensem seperti biasa! Huahahahaha~!!

Saturday, September 25, 2004

Nightwish - Once



Aduh... apa sgt la setakat Evanescene tu...right now, aku sudah ketagih dgr album baru Nightwish - Once nih. Hari2 duk layan bagai org gila. To be frank, dulu aku tak suka sgt sama ini band. Lagu2 bosan. Tapi bila kuar album baru ni... waduh2~ sungguh hebat dan kagum aku mendengarnya. Habis satu album aku download. (Well... dah ada duit esok2, aku beli la~!!) Worth buying it! So, allow me to review sket...

Band dari Finland ni sebenarnya bukan favourite aku before this. (Err... in case you don't know where Finland is, ask your Nokia phone. ;p) Beberapa tahun lepas, aku ada beli album 'Wishamster'. Tapi takde la best sgt. Lepas tu, ada la download a few songs from their other albums... so so je laa~ Tapi setelah try dgr album terbaru ni... aku terus tangkap cintan! For the first time, I dare to say that this band is actually better than Therion.

Dlm album Once ni, lebih byk unsur2 orchestral diselitkan dan jadi kombinasi mantap lak dgn suara opera vokalisnya, Tarja. Ramai org ckp album ni 'slow'. Tapi tu aku rasa sbb diorang tgk video klip single 'nemo'. Sbb tu org ckp slow. Hakikatnye, byk lagu2 yg agak heavy macam 'wish I had an angel' dan jugak 'planet hell'. Kalo ada yg rasa gandingan Metallica & San Francisco Symphony Orchestra tu mantap, aku kata Nightwish & London Symphony Orchestra ni termantap!! hehe...

Try pulak 'creek mary's blood' dan 'ghost love score'. Waaahh~!! Rasa mcm tgh tgk movie! Dgn vokal Tarja yg mendayu2, diiringi choir dan orchestra... rasa mcm berada dlm sebuah movie! yeah... kalau nak dgr lagu yg singable atau ada unsur2 boleh jual... try 'nemo'. Sebuah lagu yg indah! Tapi takde kene mengena dgn finding nemo! ;p


...anybody lost a Nokia phone~?


Sesungguhnya, aku dah jatuh cinta sama Tarja dan vokalnya! Arrghhh...~!! Dulu dia gumuk, aku tak suka. Tapi skarang sudah slim shady. Sudah makin cun! Arrghhh... ni yg buat aku nak beraya krismas kat Finland ni! Tarja~!! Wait for me... I'll be looking for you this christmas!! Keh keh keh...

Klik utk tgk video clip Nightwish - Nemo

Friday, September 10, 2004

Dah Lama...

Hurm... rasa2nya dah agak lama aku tak connect diri aku dgn dunia luar. Dah lama aku tak buat benda2 yg selalu aku buat dulu2. Yang hari2 aku buat ialah online, update blog ni. Damn, this blogging thing is addictive~! I dunno why, but asyik tak puas hati je tgk appearance blog ni. Ade aje mende yg nak di touch-up. Padahal, bukannye dpt hadiah pun. Tak berfaedah langsung~!! Adakah anda blogger2 di luar sana juga sama spt aku? Or is it only me who's so pathetic? C'mon, me... GET A LIFE~!! Anyway, aku update lg blog aku dgn menyumbat stesen radio yg sgt best aku layan tatkala nak tidor... ladies & gentlement, please welcome Radio Rivendell~!! Hehehe...

Wayang
Dah lama aku tak gi tgk wayang. Bila last sekali aku gi tgk movie, eh? Haa... paling akhir ialah sebulan yg lepas. Aku gi tgk citer King Athur. Tu pun setelah dipaksa oleh kawan aku. Actually, aku malas nak tgk sbb aku expect citer tu bodo je. Sekali, best la jugak. Ada satisfaction la selepas menonton filem tu. Maybe sbb it was beyond my expectation~!! Sama jugak mcm citer Underworld, I,Robot... Passion Of The Christ. Semua tu beyond my expectation. Tapi yg aku paling kuciwa ialah citer Van Helsing & Harry Potter 3. Sebabnya... aku bajet citer tu gempak habis. Sekali tak sampai pun ke tahap yg aku expect. Effect je lebih~! Sampai skarang aku akan ckp Underworld lagi best drp Van Helsing~!! Tapi kan... aku teringin sgt nak tgk citer Buai Laju-laju. Camne hek?

Magazine
Dah lama aku tak beli magazine. Dulu2 byk la jgk. Beli FHM, Maxim, Guitar Review, dll. Semalam, aku beli majalah Q setelah hampir 5 bulan aku tak beli magazine. (huh?!) Majalah Q ni majalah music. Aku belek2, terjumpa la benda yg agak best. Jeng... jeng...~

10 Essential Break-Up Songs by Readers:
1. Tunnel of Love - Bruce Springsteen
2. No Distance Left To Run - Blur
3. Love On The Rocks - Neil Diamond
4. The Sceintist - Coldplay (~ni faveret aku!)
5. Don't Speak - No Doubt
6. By The Time I Get To Phoenix - Glen Campbell
7. You Give Love A Bad Name - Bon Jovi
8. Kim - Eminem (~huh?! eminem??)
9. Can't Stand Me Now - The Libertines
10. Love TKO - Teddy Pendergrass

10 Essential Break-Up Songs by Q Magazine:
1. Always On My Mind - Elvis Presley (~nice!!)
2. Dry Your Eyes - The Streets
3. I Heard It Through The Grapevine - Marvin Gaye
4. Fuck It (I Don't Want You Back) - Eamon
5. I Will Survive - Gloria Gaynor (~overplayed!!)
6. The Sun Ain't Gonna Shine No More - The Walker Brothers
7. I Will Always Love You - Dolly Parton
8. History - The Verve
9. Angie - The Rolling Stones (~yeah!!)
10. I Know It's Over - The Smiths

urrmm... maybe tomorrow, I'll put up list of my own essential break-up songs soon... hehehe~ I've even been thinkin of doing my own break-up songs compilation!! Fancy...~

Main Bola
Dah lama aku tak main bola...~ Bukan takmau main, nak tu nak! Tapi, kasut boot aku tertinggal kat M'sia. Tambah lagi, rakan perbolaan aku si Peter dan Chippy dah malas nak main skang. Dah la sejuk, asyik hujan lak tu skang. Aku malas nak basuh pakaian kotor2 lps main bola tu... hehehe~~ alasan je semua tu! keyword nye ialah MALAS. huh~!!

Tak boleh jadi ni... esok aku musti keluar dari tempat ini. Aku musti pergi ke tempat lain barang sehari dua utk menyedut udara segar kat lain. Kena refresh sket kepala hotak yg makin beku nih. Mat~!! Esok aku nak tersadai kat umah hang! Boleh ka~? Tghari hang amik aku kat stesen keretapi tau! Dan jgn lupa masak lunch utk aku!! Keh keh keh..~~

Thursday, September 09, 2004

Hampas Kelapa

Apa la hampeh punya blogspot ni..~? Dah 2 hari duk down tak tentu pasal. Penat aku tunggu dia publish tapi duk 0% tang tuuu jugak! Aku nak update pun tak bleh. Terpaksa la save je entry2 aku. Huh~!! Anyway, entry yg ni pun aku tak tau bleh publish ke idak. Nasib ler...

Been chatting to Ira just now... and she sent me this cute little boy pic. Fancy huh~? For all of sudden, I think this boy is cute! Tak pernah pulak aku interested terhadap ku'cute'an budak2 kecik. Tapi kali ni, aku suka sgt tgk pic budak ni. What does that mean? Am I too desperate to have kids? ...or am I a paedophile? Hell, no~!! Maybe aku dah mula suka kat budak2 kecik kot. Maybe aku dah gatal nak kahwin kot... or maybe aku dah hampir masuk ke peringkat 'seriously been thinking of marriage'? Weyy... tak bolehhh... masih awal. Hehehe~ By the way, his name is Faris.

What else...~? Ermm.. aaa.. I linked a new blog I found just now. It's Lin's Blog. Why~? I dun even know her. But I found something interesting about her. Huhuh~ No..no... not in a sense of love or romance. Don't get me wrong, ok. For those who really know me, you can easily figure that out... what's so interesting about her! I'm not telling you here.. so go figure it out yourself!! Ciao~

Tuesday, September 07, 2004

Love Hatred

I hate the way you talk to me,
and the way you cut your hair,
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare,
I hate the way you dress,
and the way you read my mind,
I hate you so much it makes me sick,
it even makes me rhyme,
I hate the way you're always right,
I hate it when you lie,
I hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry,
I hate it when you're not around,
and the fact that you didn't call,
But mostly I hate the way I don't hate you,
not even close, not even a little bit,
not even at all,
I really hate those things that i hate about you~!

...tae be 'onest, ah goat naethin tae be told in 'is bloag fir the past few days. 'tis naet like af been busy e wut... 'tis just so lame ey naet worth telling 'ere. Well, dun expect ah'll tell ev'ry single things af been daeing in me daily life, lads~! Ah dae need me oarn privacy... didnae? Hehehe..~ cheers!

Saturday, September 04, 2004

TGI Friday~!

Thank God, it's Friday~! Hahaha~ habislah weekdays utk minggu ni. Bermula lah weekend utk minggu ini jugak. Tak de apa2 nak taip ler... kematian akal pulak hari ni. Bukan takde apa nak tulis, tapi hari ni byk sgt events kacau bilau dlm hidup aku. Malas la nak cerita kat sini.

Yg aku tau, aku cukup bengang kat Euclidian's Algorithm. Apsal la dia gatal2 buat onar awal tahun hari tu, tapi baik la pulak dia tadi? Aku dah ready dgn kelengkapan di jiwa nak belasah cukup2, sekali dia tak mengganas. Tensen sengguh~!! Lps tu, si Bob dgn Alice ni pun satu hal... dulu ngada2 nak guna Digital Signature. Sampai menyusahkan aku~!! nak verify la, taknak kasi forgeable la, non-repudiable la... byk lak songeh. Dah tadi buat perangai nak guna Message Digest pulak! Mangkuk hayun betul la kartun 2 ekor ni~!Tau pulak korang takut kena attack eh? takut kena alter~! Aku jugak yg termenung memikirkan kerenah korang... Untuk menambahkan lagi sakit hati, punya lah bagai nak gila aku duk tilik Secure Socket Layer dgn Secure Electronic Transaction pagi tadi... alih2 diorang buat bodo je~! Kenapa tak ckp awal2 suruh tilik Key Distribution Center, IPSec, kepala hotak bingai..~?! Hanjeng sungguh...~

Nasib baik ada Pasta Mushroom+Tomato+Lettuce+Tuna... Huhuhu~ girang kejap perut aku daripada melayan mangkuk2 hayun di atas! Tapi ku sangka panas hingga ke tgh mlm, rupanya hujan gerimis di waktu senja. Si Peter pulak mintak tolong install tah hapa2 kat PC baru dia. Dah la mengharungi onak duri sepanjang nak install tu. PC zaman firaun, tak detect USB Port ler, CD kosong takde le, CD Key hilang le... mcm city warden lak aku pegi-balik2 mlm2 buta.

Aahh... anyway, TGIFriday~! Tomorrow saturday, sunday. Sleep day~~ zzzZZZ...

Thursday, September 02, 2004

Alhamdulillah...

Aku baru dpt berita yg Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan. Alhamdulillah... at last, ada jugak sedikit simpati utk dia. Kesian dah tgk keadaan dia kat Penjara Sg. Buloh tu. Apa2 pun, dia pun ada jugak jasa masa jadik TPM dulu. Sama2lah kita berdoa agar dia segera sembuh dan mari berdoa agar Malaysia sentiasa aman damai. Amin~

Midnight Blues

Bosannyer tgh2 mlm camni. Nak tido, terasa rugi la pulak utk mensia2kan waktu mlm yg best ni. Dah la bulan tgh mengambang! I lurrvvee full moon~!! Tak tau la apsal, tapi aku boleh jadi happy sgt2 kalau tgk full moon.

"If I could ask God one thing,
it would be to stop the moon...
Stop the moon...
make this night and your beauty
last forever..."


Erm... dah ramai gak org tanya aku, "tu gambar awek ke kat sebelah tu?" (the GIF picture at the left side of this blog, in case you're wondering which pic). Aku pun dah naik tak reti nak jawab camna. Err... actually, tu bukan gambar awek aku. Aku masih single-mingle dan masih lagi antara eligible bachelors yg hidup kat bumi ni. Tu adalah gambar seorang pompuan yg aku admire. Nama dia... erm... carikla sendiri~! Ada dlm entry aku yg lepas2. So, one day tu... aku boring2, takde apa nak buat. Aku create la satu animation muka dia dgn muka aku. Konon, awek aku la tu. Haha~!! Padahal, bukan ada apa2 pun. Tak salah rasanya kalau aku admire seseorang. Alaa... macam korang2 yg minat sgt dgn Akademi Fantasia (AF) tu la~!! Admire si Bobo la, si Jojo la... si yg menang tu apa nama tu... Zahid? Haa... Zahid la... macam tu la kira aku admire budak ni. Cuma aku tak boleh nak SMS undi budak aku admire ni je. Heheh~

Terlajak ckp pasal AF ni, aku pun kurang paham la jgk apa yg boleh buat diorang minat fanatik hanjeng kat AF tu. Aku rasa rancangan AF tu ada subliminal message la. Dia hantar mesej2 menghasut pada kadar Ultra-Low Frequency (ULF). Antara kandungan mesej2 subliminal ni agaknyer la... suruh fanatik gila kat yg hensem, suruh membazir kredit hantar SMS, suruh pegi opis bertekak dgn opis-mate pasal AF, dan lain2 lagi. Ish~! Bila aku bukak 'www.suratkabarmalaysia.com', terkejut gak. Bukan nak mengata ke apa, tapi kalau dah RM7.5juta (or is it 15juta?) org kita sanggup habiskan utk SMS... tu mmg dah kira fanatik habis!! Kesian betul... apasal org kita suka pada benda2 seasonal camtu? Nasib baik aku takde kat Malaysia. Kot tak, mau aku pun terlibat sama dalam kancah AF yg giler tu. Aku tgk, 'cikas2' dlm AF tu, cun2 jgk...huhu~

p/s- Merdeka dari jajahan British. Tapi jiwa masih belum merdeka. Senang2 je kena jajah dgn ASTRO & AF. Bukan kata org, tapi aku pun masih dijajah jugak. Tapi bkn dek AF tu la... ada la tu agaknye jajahan lain kat jiwa aku ni...

Wednesday, September 01, 2004

Cinta + Kasih + Sayang

Ok, u wanna talk 'bout love? So be it. Naa... I'm not very fond of talking 'bout love at the moment. Anyway, I got couple of links which was posted by friends in friendster's bulletin board. It's about love test. So, I give it go... and here's the result~!


Dating Quiz - What is your love style?
http://www.datingtips.ws/quiz-love-style.php

Your Love Style Is: Shattered! Come on have a little more faith in yourself. You are worthy of love and shouldn't be afraid to go for it! Don't let people of the opposite sex push you around, you are an awesome person and it's about time you realized this.


hmmm... fancy, huh? Maybe I never realised before that. I think I'm good enough with love, but I'm not rupa2nya... huhu~


Love Readiness Test:
http://www.testcafe.com/lov/lov.html

Your Weakest Love Readiness Skill is: Marriage
Your Strongest Love Readiness Skill is: History


well, obviously kinda inbetween~! Bila tgk history, it makes me feel like I'm ready for settlement. But the marriage itself makes me afraid. Of course I am, it's all about big-time commitment. Naa.. the truth is, duit takde camna nak kawin~!!?? Hahaha~~