Thursday, October 14, 2010

Biniku Bersalin

Salam,

Gua dapat anak bhai. Anak nombor 2. Lelaki. Hensem mcm gua kot. Kecik lagi, tak nampak sangat. Agak dah besar sket esok2, terserlah la kehenseman beliau tu. Lahir 10 haribulan 10 tu bhai. 10.10.10. Perfect ten! Kalau ikutkan due date 22/10, tapi dah dia nak keluar time tu plak. Rezeki la kot. Apa ada dgn nombor pun kannn...

Gua ni plak, dapat masuk tgk bini gua bersalin. Dulu masa anak first, tak dapat. Hospital gomen tak bagi laki masuk. Tapi baru2 ni, dia panggil la gua masuk. Gua ni sebenarnya bukan berani sgt tgk2 darah. Bini gua selalu ajak tgk yg dlm TV tu tunjuk org beranak. Channel Discovery Health tu. Gua mmg takmo tgk lah! Ngeri gua bhai!! Tapi hari tu gua selambakan diri gua masuk labour room. Ye laa.. esok2 boleh la gua berlagak dgn org lain. Gua pun ada gak experience tgk bini beranak kan. Tapi serius ckp, ngeri gak la sket2. heheheh.. selepas gua tgk kejadian tu, gua insaf la. Nasihat gua, korang jangan la derhaka pada mak korang. Dia bertarung nyawa nak melahirkan korang bhai!

Gua dah gi register kat JPN dah tadi. Gua bagi nama Adam Irhami. anak gua yg first tu suruh letak Adam Torres!! mampos gua... Torres pun entah2 blah gi kelab lain January ni. Kalau korang nak tgk gambar, korang gi la usha kat fesbuk gua. Ada la sekeping dua gua post.

OK lah.. gua chow dulu bhai, banyak kerja nak buat ni. Fesbuk la, baca paper la, chatting la.. ha ha ha

No comments: