Friday, December 31, 2004

Earthquake, Tsunami & Kepala Hotak Org...

Haaa... nak dijadikan cerita la kan... mlm boxing day itu hari, berlaku la bencana alam Asia. tgk dlm berita tv, mmg kesian la kan. Sri Lanka sampai satu negara kena. Phuket bersepah2. Acheh tu tak tau la camna. pulak tu, sampai ke Somalia, Kenya kat afrika nu pun boleh kena. mmg teruk la kan! 8.9 Ritcher scale... diorg ckp, kuat tu. aku tak reti la nak kata kuat mcm mana sbb aku tak penah rasa kalau 5 ritcher scale camne, 7 camne.. kehkehkhe...~ tp kalau dah sampai jd tsunami wave tu, kira kuat la kan?

aku nak je tgk bencana ni dari sudut yg agak sukar. haa... sbb tu aku gatal2 buat entry pasal earthquake ni. baiklah... mula2 sekali, pasal email2 forward dan msg2 forward yg ada la aku terima dlm YM. msg2 tu berbunyi mcm ni lah lebih kurang...


26 Dis 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.26 Dis 1939 gempabumi 7.9 Richter blaku di Wilyah Erzincan,Turki membunuh 41,000 nyawa. 26 Dis 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam,Iran membunuh 45,000 nyawa. 26 Dis 2004 gempabumi blaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa&jumlahnya terus meningkat..Jgn kita lupakan ribut Greg di Keningau,Sabah juga berlaku pd awal pagi 26 Dis 1996 yg meragut beratus nyawa.Adakah semuanya ini 'coincidental'?Bukankah pd malam sebelumnya iaitu 25 Dismbr di bnyk tempat di dunia ini,ramai manusia yg lupa daratan,mabuk & erpoya-poya? Pd pagi 26 Dis 2004,di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut


ok lah... aku ni bknnye nak kata apa. cuma, org2 kita ni kan... pandai je buat kaitan tarikh2 ke, nombor2 ke... ada je idea diorg. so, kat sini aku cuba la mencabar serba sedikit pemikiran aku dan org2 lain jgk.

fakta2 yg diberi kat msg tu, semua betul kecuali gempa bumi kat china tuh. fakta yg lebih tepat ialah, ia berlaku 25 Dec 1932 di Kansu, China. itu pun, sebelum tu dah berlaku gempabumi yg lagi teruk di tempat yg sama pada 16 Dec 1920. lps tu, pasal temasya memuja laut tu, takde pulak dlm berita. mana diorang ni tau? dan2 je diorg nih. (err... 'diorg' merujuk kpd org2 yg buat msg nih) lps tu pulak kan, setau aku la... org berpoya2 mabuk2 masa christmas party. iaitu lazimnya diadakan pada christmas eve, 24/12. pada mlm 25/12 rasanya org raya krismas kat rumah je. kenapa pulak tuhan nak tunggu sampai 2 hari baru nak bg bala? pulak tu, apsal bg bala teruk kat Acheh? apsal tak turun kat U.S? kat sana lg ramai org mabuk2...

lg kan.. yg gempabumi2 yg diorg list kan ni, bknnya yg paling teruk. kecuali yg baru2 ni tu la. yg kat Bam, Iran tu kira teruk la tapi bkn yg paling teruk. klik sini utk tau earthquake paling teruk (tak termasuk yg baru berlaku ni dan yg kat Bam Iran).

lps tu kan, yg kat wilayah Erzincan, Turki tu... pun bkn paling teruk! ada lagi paling teruk 13 Mac 1999. tu pun, bknnya baru dua kali gempa kat Turki. start thn 1939, lps tu 1942, 1943, 1944, 1951, 1957, 1967 dan last skali 1999 (paling teruk). so, argument aku... dah mmg kawasan dia tu kawasan gempa. ngape pulak nak kaitkan 26 Dec?

ooOO... nak main2 dgn nombor ye? haa.. meh! kalau ikutkan, gempa bumi 1999 paling teruk di Turki tu, 13 Mac 1999 bersamaan 9 Ramadhan 1412. haa.. sape pulak yg berpoya2 time bulan pose nih?! yg dekat Iran tu... apa bala tuhan turun dekat Iran? ngaper tak turun kat Israel? nak main nombor lagi? jom! gempabumi ke-4 paling teruk berlaku dlm abad ke-20, ialah di Messina, Italy pada 28 Dec 1908 bersamaan 4 Zulhijjah 1326! itu musim haji tu! lagi 4 hari je org nak start tawaf kat ka'abah. hah? ada ke org berpoya2 sambil melontar, wukuf, sa'ei kat Mekah nuh? kalau ada pun, naper pulak gempa kat Italy?

ok la... cukup la aku membebel setakat nih sahaja. sbb kan, 5 kejadian yg berlaku pada 26 Dec tu... 2 je yg besar (Iran dan Hindi Ocean). 1 kes ribut greg, dan lagi 2 kes iaitu Turki dan China tu... tmpt tu mmg selalu berlaku gempa. dan dlm byk2 gempa tu, ada la tarikh 26 Dec. alaa.. yg kat china tu pun 25 Dec sebenarnya. so, takyah la kita percaya sgt benda2 taghut nih. mengarut. bknnye aku tak percaya pada bala tuhan, tapi tak perlu bermain2 dgn nombor. setiap kali berlaku fenomena alam, maka insaflah kita bahawa benda ni semua tuhan yg buat. samada bala atau rahmat, kita tak tau. jgn la kita lekas je percaya dgn permainan tarikh atau nombor oleh org2 tertentu. buat la research sket...

p/s - aku sebenarnya tensen. bukak je email, berlambak2 email org forward pasal 26 Dec nih. lps tu, on je YM, ada je offline msg daripada sape2 tah pasal benda ni jgk...! hoh!! coming soon: conspiracy di sebalik earthquake lautan hindi. jeng..jeng~!

Wednesday, December 29, 2004

entry byk2...

err... lama tinggal alam cyber. nak update pun mesti byk giler nih. takpe la, oleh kerana aku 'tak rajin', maka aku sumbat la dlm satu entry apa2 yg berlaku sejak akhir2 ini. huhu~

Christmas Eve:
dlm erti kata lain, ialah malam raya. suasananya sungguh meriah... dgn anak2 kecil berlari2 bermain bunga api, pelita dan damar dinyalakan, sanak saudara berkumpul, kakak2 menghias rumah, ibu masak rendang & ketupat... ngehehee~ itu kalau raya kita kat malaysia la! tapi mlm raya krismas kat sini... adoi~! takde apa2, cuma aku balik kampung la... ngahaha! balik Bradford. jumpa kengkawan lama. di kesangapan aku mlm krismas, aku hanya mampu menonton TV. mcm2 la movie2 krismas yg ada... tp mlm tu ada satu movie krismas yg agak best la, Money Train lakonan Wesley Snipes, J-Lo & Woddy Harelson. "...where's your christmas spirit??","in your pocket!!" heheh... sori la kalau anda tak faham...


...encik santa yg sangap tgk pokok krismas katik!


Hari Krismas:
"oh yeah~! in case you haven't heard, yes... we had white christmas!" gitu lah kata pompuan yg baca ramalan cuaca dlm tv tu. tp nyer... white christmas kat certain2 tmpt je. Aberdeen, Manchester, Birmingham... tapi tidak kat Bradford!! waaaaaaa~!! frustnyer... tp pagi tu ada la snow sbenarnya. cuma dia lalu2 gitu je sbb angin kuat. kejap2 je. lps dua tiga minit dia stop. pastu lama sket ada lg...lps tu stop blk. takde pun melekat kat tanah. keciwa... tp mlmnyer, fuuuhhh.. sungguh sejuk. takde snow tapi air batu. icy. lopak2 air semua jadi keras. alaa... aku ni macam la tak pernah amin snow. thn lps2 dah main dah padahal... ceh! aku masih lg ngadap tv tgk movie. yeah... citer Love Actually. adoi~! terjiwang lak tgk citer tu... huhuh~


usha la elok2, nmpk la snow2 yg sedikit berterbangan


Boxing Day:
Hari ber'shopping' bg mereka yg kaki shopping kerana harga sale giler2 anjing. aku follow je la geng2 lama ni gi town Leeds sbb depa nak shopping. aku? heheh~ oleh krn budget tgh tight, maka aku tak boleh la joli katak. aku sambar la kasut diadora bodo tu sepasang. tu pun sbb aku takde kasut yg proper. pastu capai kemeja Marks & Spencer sehelai. huhuhu~ 5pounds je. nak gak rasa pakai baju branded. nasib baik 5pounds je. kalau Marks & Spencer kat KLCC tu, haram aku tak masuk! dah tentu harga mahal macam harga meriam. oh ye... tgh mlm sblm tu, tgh syok2 aku layan tv, ada breaking news ckp earthquake baru je berlaku kat hindi ocean. aaaa~ nt aku nak discuss pjg2 pasal earthquake ni dlm entry yg lain. topic ni best bg aku. ape2 hal pun, Al-Fatihah utk mereka yg terkorban...

Thursday, December 23, 2004

Christmas Cake

for the past few days, i've been listening to shitloads of christmas songs! oh yeah, boost my christmas mood... huhuh~ tapi kan, dlm byk2 lagu aku dgr... ada la satu lagu ni. uuhh~ sedih ngat. sayu dan slow je lagu dia. lirik dia pun... adui... tajuknye 'Christmas Cake' nyanyian Rilo Kiley. nak nanges...



"It's almost Christmas..."

When I take off my make up I look old and defeated
I'm not so dangerous
Cry into my Christmas cake
Staring holes into me all night
You should just give up
'Cause our love's become selling secrets
To the Russians they don't need
The Cold War is on between you and me

25 years old and a bachelor's degree
Your parents helped out with graduation fees
The loans were never enough
The credit cards are calling your bluff
Hold your hand, cut them up, move away
Or you'll paying them off 'til your kids grow up
And do the same

There's no more running water
Wrapping presents in the dark
Move into your car
Change where you park
Too bad that job caroling department stores fell through
But the new year is right in front of you

Cry into your Christmas cake
Don't know what else to do
Don't know what else to do
(Fa la la fa la la la la)

I fear I'm going deaf
I've got some sense left
Give up some more to be with you
(Ooh...)
'Cause what good is seeing if love's not looking back at you
(Aah...)
And waht good is feeling if my hands aren't touching you

And another angel came down
He was wearing only a cloud
He said "Sew up the bad that you've done
Tomorrow Christmas day comes"
(Christmas day)

Cry into your Christmas cake
Don't know what else to do
Cry into your Christmas cake
Don't know what else to do
The new year's right in front of you
(Fa la la fa la la la la)

Monday, December 20, 2004

Raya Dtg Lagi...

rasanya belum hilang lg panas aidilfitri hari tu... kali ni krismas pulak menjelma. haha~~ terasa jgk bahangnye biler telinga asyik dialunkan dgn lagu2 krismas yg best. sana sini nmpk jualan mega karnival krismas ni. mintak2 la krismas ni turun snow... va va voom! best nye... lagu2 krismas yg oldies2 ni best nye... sambil2 main snow, pasang lampu kat pokok krismas... adoi!! hahaha... "merry christmas! ho ho ho hotak ko!!" (kata santa claus yg tensen)

apa nak buat time krismas ni eh? takkan nak lepak je kat rumah... jadi sampah? ish... kena buat sesuatu ni... mari seluk poket sambil gagau2. mana la tau kot2 ada ongkos lebih, boleh gi jln2 tgk keindahan krismas. huhuhu~

apa yg ada untuk menceriakan suasana krismas? erm... pokok krismas - santa claus - elf - rudolf the reindeer - bell - lights - snow - stokin gantung - trifle? - christmas gifts... alaa... yg raya nye bkn aku! hoh! yg aku sibuk2 lak apahal? takper... demi menceriakan hati sendiri yg kesepian, aku akan jadikan krismas kali ini sbg batu loncatan utk aku happy2... ngahahah!!


"...off to the north pole, Rudolf! I'm sick & tired of christmas~!!"


adoi... lps krismas, boxing day. lps tu... new year pulak! ish... diorang ni mcm pandai je buat raya time2 hujung thn. ni mesti nak cuti pjg. lps tu mula la flight penuh la... hotel penuh la... kedai tutup la... public transport tak jln la... takkan aku nak berterusan jadi sampah time2 cuti gini? jap2... nak check out wheater forecast!

hmm... suhu paling rendah on christmas eve ialah -2degree. aisey... ni ramalan utk 5 hari jek? buat la ramalan utk sebulan ke... kecewa sungguh! nak gak rasa white christmas. aaa... white christmas ialah keadaan di mana salji penuh memutih di antara midnite dan tghari krismas. thn lps, krismas kat tmpt aku ni takde snow. snow first turun pun thn lps masa new year eve. last skali white christmas kalo tak silap thn 2001.

nasib baik diorg ni tak buat lemang ke, kacau dodol ke time raya kan? kalo tak, camna la nak buat semua tu dgn keadaan winter yg sejuk nak mampos ni. nak keluar, tapi sejuk. kalau keluar, sure hidung jd merah mcm hidung rudolf. pastu, telinga jadi kebas... bibir pun rasa tebal semcm je mcm negro! jakgih... cecair2 jernih mula meleleh keluar dari lubang hidung... hahhaha!! aachooo~!

eh... sejak akhir2 ni, aku taruk entry skema lak. takper... as long as tak private sgt, boleh la. tapi ye la... takkan aku nak ckp kat sini every details of my day kan? takkan korang nak tau jgk aku berak baper kali sehari... aku mkn apa tadik... kaki aku berbau ke tak hari ni... hoh! apa tujuan org ber'blog' sebenarnye eh? ngeehehehe~~

ok la... tatau apa nak tulis dah! sekian saja laporan pra-krismas. kita tunggu dan lihat, adakah aku akan jadi best masa krismas atau tetap jadi sampah di rumah waktu cuti... hahhaah~~!!

Saturday, December 18, 2004

Mari Lompat Bintang...

okeh~ mula2, kaki rapat. tgn lurus rapat ke peha. dgn kiraan satu, lompat dan kangkang kaki sambil depa tgn lurus2! kemudian, kiraan dua... lompat lagi dan rapatkan kembali kaki sambil tgn lurus ke atas. rapatkan kedua2 tapak tgn. lepas tu, dgn kiraan tiga, ulang langkah kedua tadi... dan kiraan empat, kembali ke posisi awal. begitulah seterusnya hingga kiraan ke berapa pun, suka hati anda lah. Orait~!! mula skarang... SATU!! (yeah~) DUA!! (yeah~) TIGA!! (yeah~) EMPAT!! (yeah~)...

baiklah.. itu saja senaman pagi dari aku....

adoi~~ sebenarnya aku baru terjaga dari tidur ni. pukul 5.30 pagi. dah mata dah keras tak bleh tidur setelah sehari suntuk tidur mcm gajah. tapi aku yakin... sebaik sahaja matahari menjelma, maka mata aku akan otomatik ngantuk kembali nanti. tambah pulak, hari ni hari sabtu. sabtu dan ahad mmg hari tidur mati sedunia! bak kata pepatah org dulu2, siang tidur mlm berjaga.. yeay!!

alahai... dua tiga hari lepas, si Amen dan Wan balik Msia. best je nengok dia packing2 brg nak balik. best je tgk dia sengih2 tepon kwn2 dia nak balik. best je tgk dia timbang2 luggage takut overweight. nasib baik brg dia byk. kot tak, mau aku masuk dlm beg dia. dpt la balik free... huhuh~! eh free ke?? mana tau kot2 kena tax ke sbb bawak aku. eh, aku pun kena tax ke? duti import Ariel baper persen skang eh kang Msia? kalau mahal sangat tak jadi la nak eksport Ariel byk2 ke Msia... aaaaa~~ dah mula mepek!

Di subuh hari yg indah ni, aku duk layan lagu Thailand yg bertajuk 'Sebai-Sebai'... akhakhakha!! korang tau tak lagu tu? alaa.. lagu ni ada yg citer Salih Yakcob dgn Mr Os tu.. apa citer ntah... yg diorg p Thailand tu...

aaa.. speaking of Thai, teringat plak kat Sawad. Dah kawin pun mamat tu... caya la! tapi sedih giler la... sbb aku tak dpt attend wedding dia. (ye la!! kalau dia buat kat sini mmg la aku boleh attend) dgr citer, Boey yg jadik bestman dia. bestnyeee!! Tapi mmg terkilan gak arr sket.. masa Miji dgn Skun kawin, aku ada pegi. Tapi time dia, aku takde... nt Boey kawin, aku mesti pegi. (ehek... ko bile kawin Boey?)Qunut pun dah nak tunang thn dpn Pett pun kawin thn depan. dah mula dah era kahwin2 ni.

aku? hahahaa~!! aku dah kawinnnnnn!! dah dua org dah pun bini! tak caya tanya Zaret dan Jian... hahahhahhaha!! adoii... ahahhaha!! ada dua lagi kosong... sape2 yg berminat boleh la isi borang. sila mintak borang dgn Jian... jgn mintak dgn Zaret. dia tak kasik kot. hahahhaha!! aduiii.. hahahaha!! mepekkkkkk!!

*break*

ok... ala.. aku minum air sat tadi. usha2 tgk dlm jag tu ada air kopi. tuang le segelas. tu diaaaa... aku igtkan air neskepe ke.. rupenye air kopi piau Msia tu.. alaa.. kopi cik senah tu. hitam pekat. kaw habis! ni subuh2 camni dpt pegi lepak kedai minum kopi sambil pekena nasik lemak ke, roti canai ke, kuih lapis ke.. seronok jgk ni. tp itu kat Msia la.. kat sini takde semua2 tu. mkn biskut je la... tak pun roti.. kalau takde sgt, mkn je la stokin2 buruk ke... kasut2 buruk ke. janji kenyang!

ehh... pjg pulak entry aku kali ni. ok la.. nak stop la. mana buleh tulis pjg2 gini! selalu aku tulis pendek2 je... tu pun byk yg mepek dari yg ok. jadi, itulah saja laporan saya dari bilik berita utk pagi ini. jgn lupa bersama kami lagi sejam dari skarang... sebai-sebaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Tuesday, December 14, 2004

Encik Phantom

weekend baru ni aku gi cinema. setelah penat berperang mulut dan senjata api dgn kawan2 aku, maka aku membuat keputusan utk tgk citer The Phantom Of The Opera manakala mereka yg lain gi tgk citer puntianak jahat2 lawan dgn puntianak negro iaitu Belit. hehkheke~! Diorg sumer takmo tgk citer Phantom tu sbb itu citer nyanyi2 joget2... konfirm ngantuk diorg ckp. aku dulik hapa... janji aku minat. Mmg dah lama aku nak tgk teater phantom of the opera tapi tak kesampaian. bila kuar movie... maka aku pun teruja la nak tgk!

Aku bajet tak ramai la org tgk citer tu. boleh la aku kangkang suak2 ati dlm wayang tu. Jakgih aku masuk... tu diaaaaaaaa~!! punya la ramai umat manusia. penuh wayang! nak lagi best, makcik2 tua dgn pakcik2 tua lak tuh yg ramai tu. kalau ada yg muda2 pun, yg muka nerd2, muka2 sastera, muka2 seni teater... hahaha~! Maka aku pun cepat2 bukak spek dan lepaskan ikatan rambut supaya kelihatan brutal macho... (tapi gi tgk citer muzikal..hihiehieheheeee)

mula2 citer tu hitam putih... alahai, cam buhsan je. sekali, bila dia dah start flashback... dgn overture music the phantom of the opera yg glemer tu... wah wah wah wah wahhhhh!! aku terpaku! bak kata omputih... i was stunned and gripping my back seat the whole movie! seriously, aku terpaku! Visual yg sungguh menakjubkan! Aduh.. meremang bulu tengkuk aku setiap kali bunyi tema phantom tu kuar. Ini baru movie nya... kalau teater, mau aku melekat kat kerusi taknak balik rumah. Pendek kata, mmg berbaloi la aku g tgk citer tu! The best gothic movie yg pernah aku tonton. Lebih hebat daripada Moulin Rouge!

Kalau korg tak suke art, tak suka citer muzikal, tak minat gothic... tak yah buang duiot tgk... nt korang tidur. Kalau korang suka tgk Batman, Sleepy Hollow, Interview With Vampire... korang imagine je lah sentuhan gothic dlm filem2 tu dibawa masuk ke dalam teatheric phantom ni. Aduhhh... aku dah mula berangan nak jadi opera phantom. Kahkahka~!

OK la... citer byk tak guna. Daripada korg layan citer hindustan nyanyi2 golek2 dalam semak tu, baik korang layan citer The Phantom Of The Opera ni... lagi best. lagi tgkp menyentuh perasaan. (bukan jiwang tau! aku bukan mamat jiwang!! hhuehueueh)

Sekian saja promosi tanpa gaji filem phantom of the opera daripada aku. Tapi cam sial la... Ocean Twelve kat sini kuar Febuari 2005... mangkuk hayun sungguh~!!

Sunday, December 12, 2004

Mari lari setempat...

hoh~! dulu masa mula2 buat, bukan main. ngadap sampai ke pagi. alter itu ini. taruk gmbr bagai. sanggup betulkan sampai takde silap. skarang, pemalas nak mampus. bukan susah sgt pun. update je padahal.

"tapi saya takde apa2 yg nak diberitau dlm ni. bukan penting sgt pun. kalau ada pun, privacy sgt (kononnya). takkan saya nak suruh org semua baca dan tau pasal saya??"

hek elee... selama ni kalau takde apa2 pun, letak la jugak lirik lagu ke, puisi ke, gmbr apa2 ke. mcm la selama ni ada cerita sgt pasal kehidupan tu. pigi raaa~~ ckp je la dah takde mood. dah malas nak blog2 ni. hangat2 taik biawak je!!

"alaa... yg marah sgt ni apesal?! ye la... saya malas. bukan malas apa... malas je nak login taip password, pastu klik link blog, klik create new post, pastu taip2... publish... adoii... letih le nunggu!!"

Aaa... kalau gitu, tutup je la blog ni!! toksah ngade2 nak buat blog cm org lain. kalau malas update, takde sapa la nak visit blog ni hari2, tau tak?! lama2, diorg pun fedap. lps tu, diorg buang link blog ni dari blog diorg. padan muka...!

"ehek... iye ke? aaa.. kalau gitu, mcm best je. buleh la saya tulis benda2 peribadi yg best2 sbb org pun dah tak baca blog saya. hik hik hik (gelak gedik)"

bodooooooohhhh~!! PAAANNGGGGG~!! *sekeping pelempang hinggap di tulang tamparan nyamuk beliau. dgn kesakitan yg tidak terperi, beliau berguling2 di atas tanah sambil mengerang... "adoi.. adoi... tolong patik, tengku... adoi..."

...to be continued