weekend baru ni aku gi cinema. setelah penat berperang mulut dan senjata api dgn kawan2 aku, maka aku membuat keputusan utk tgk citer The Phantom Of The Opera manakala mereka yg lain gi tgk citer puntianak jahat2 lawan dgn puntianak negro iaitu Belit. hehkheke~! Diorg sumer takmo tgk citer Phantom tu sbb itu citer nyanyi2 joget2... konfirm ngantuk diorg ckp. aku dulik hapa... janji aku minat. Mmg dah lama aku nak tgk teater phantom of the opera tapi tak kesampaian. bila kuar movie... maka aku pun teruja la nak tgk!
Aku bajet tak ramai la org tgk citer tu. boleh la aku kangkang suak2 ati dlm wayang tu. Jakgih aku masuk... tu diaaaaaaaa~!! punya la ramai umat manusia. penuh wayang! nak lagi best, makcik2 tua dgn pakcik2 tua lak tuh yg ramai tu. kalau ada yg muda2 pun, yg muka nerd2, muka2 sastera, muka2 seni teater... hahaha~! Maka aku pun cepat2 bukak spek dan lepaskan ikatan rambut supaya kelihatan brutal macho... (tapi gi tgk citer muzikal..hihiehieheheeee)
mula2 citer tu hitam putih... alahai, cam buhsan je. sekali, bila dia dah start flashback... dgn overture music the phantom of the opera yg glemer tu... wah wah wah wah wahhhhh!! aku terpaku! bak kata omputih... i was stunned and gripping my back seat the whole movie! seriously, aku terpaku! Visual yg sungguh menakjubkan! Aduh.. meremang bulu tengkuk aku setiap kali bunyi tema phantom tu kuar. Ini baru movie nya... kalau teater, mau aku melekat kat kerusi taknak balik rumah. Pendek kata, mmg berbaloi la aku g tgk citer tu! The best gothic movie yg pernah aku tonton. Lebih hebat daripada Moulin Rouge!
Kalau korg tak suke art, tak suka citer muzikal, tak minat gothic... tak yah buang duiot tgk... nt korang tidur. Kalau korang suka tgk Batman, Sleepy Hollow, Interview With Vampire... korang imagine je lah sentuhan gothic dlm filem2 tu dibawa masuk ke dalam teatheric phantom ni. Aduhhh... aku dah mula berangan nak jadi opera phantom. Kahkahka~!
OK la... citer byk tak guna. Daripada korg layan citer hindustan nyanyi2 golek2 dalam semak tu, baik korang layan citer The Phantom Of The Opera ni... lagi best. lagi tgkp menyentuh perasaan. (bukan jiwang tau! aku bukan mamat jiwang!! hhuehueueh)
Sekian saja promosi tanpa gaji filem phantom of the opera daripada aku. Tapi cam sial la... Ocean Twelve kat sini kuar Febuari 2005... mangkuk hayun sungguh~!!
Tuesday, December 14, 2004
Encik Phantom
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment