err... lama tinggal alam cyber. nak update pun mesti byk giler nih. takpe la, oleh kerana aku 'tak rajin', maka aku sumbat la dlm satu entry apa2 yg berlaku sejak akhir2 ini. huhu~
Christmas Eve:
dlm erti kata lain, ialah malam raya. suasananya sungguh meriah... dgn anak2 kecil berlari2 bermain bunga api, pelita dan damar dinyalakan, sanak saudara berkumpul, kakak2 menghias rumah, ibu masak rendang & ketupat... ngehehee~ itu kalau raya kita kat malaysia la! tapi mlm raya krismas kat sini... adoi~! takde apa2, cuma aku balik kampung la... ngahaha! balik Bradford. jumpa kengkawan lama. di kesangapan aku mlm krismas, aku hanya mampu menonton TV. mcm2 la movie2 krismas yg ada... tp mlm tu ada satu movie krismas yg agak best la, Money Train lakonan Wesley Snipes, J-Lo & Woddy Harelson. "...where's your christmas spirit??","in your pocket!!" heheh... sori la kalau anda tak faham...
...encik santa yg sangap tgk pokok krismas katik!
Hari Krismas:
"oh yeah~! in case you haven't heard, yes... we had white christmas!" gitu lah kata pompuan yg baca ramalan cuaca dlm tv tu. tp nyer... white christmas kat certain2 tmpt je. Aberdeen, Manchester, Birmingham... tapi tidak kat Bradford!! waaaaaaa~!! frustnyer... tp pagi tu ada la snow sbenarnya. cuma dia lalu2 gitu je sbb angin kuat. kejap2 je. lps dua tiga minit dia stop. pastu lama sket ada lg...lps tu stop blk. takde pun melekat kat tanah. keciwa... tp mlmnyer, fuuuhhh.. sungguh sejuk. takde snow tapi air batu. icy. lopak2 air semua jadi keras. alaa... aku ni macam la tak pernah amin snow. thn lps2 dah main dah padahal... ceh! aku masih lg ngadap tv tgk movie. yeah... citer Love Actually. adoi~! terjiwang lak tgk citer tu... huhuh~
usha la elok2, nmpk la snow2 yg sedikit berterbangan
Boxing Day:
Hari ber'shopping' bg mereka yg kaki shopping kerana harga sale giler2 anjing. aku follow je la geng2 lama ni gi town Leeds sbb depa nak shopping. aku? heheh~ oleh krn budget tgh tight, maka aku tak boleh la joli katak. aku sambar la kasut diadora bodo tu sepasang. tu pun sbb aku takde kasut yg proper. pastu capai kemeja Marks & Spencer sehelai. huhuhu~ 5pounds je. nak gak rasa pakai baju branded. nasib baik 5pounds je. kalau Marks & Spencer kat KLCC tu, haram aku tak masuk! dah tentu harga mahal macam harga meriam. oh ye... tgh mlm sblm tu, tgh syok2 aku layan tv, ada breaking news ckp earthquake baru je berlaku kat hindi ocean. aaaa~ nt aku nak discuss pjg2 pasal earthquake ni dlm entry yg lain. topic ni best bg aku. ape2 hal pun, Al-Fatihah utk mereka yg terkorban...
1 comment:
pakcik santa nampak macho memakai topi 2 ringgit tersebut..>mamai<
Post a Comment