Haaa... nak dijadikan cerita la kan... mlm boxing day itu hari, berlaku la bencana alam Asia. tgk dlm berita tv, mmg kesian la kan. Sri Lanka sampai satu negara kena. Phuket bersepah2. Acheh tu tak tau la camna. pulak tu, sampai ke Somalia, Kenya kat afrika nu pun boleh kena. mmg teruk la kan! 8.9 Ritcher scale... diorg ckp, kuat tu. aku tak reti la nak kata kuat mcm mana sbb aku tak penah rasa kalau 5 ritcher scale camne, 7 camne.. kehkehkhe...~ tp kalau dah sampai jd tsunami wave tu, kira kuat la kan?
aku nak je tgk bencana ni dari sudut yg agak sukar. haa... sbb tu aku gatal2 buat entry pasal earthquake ni. baiklah... mula2 sekali, pasal email2 forward dan msg2 forward yg ada la aku terima dlm YM. msg2 tu berbunyi mcm ni lah lebih kurang...
26 Dis 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.26 Dis 1939 gempabumi 7.9 Richter blaku di Wilyah Erzincan,Turki membunuh 41,000 nyawa. 26 Dis 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam,Iran membunuh 45,000 nyawa. 26 Dis 2004 gempabumi blaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa&jumlahnya terus meningkat..Jgn kita lupakan ribut Greg di Keningau,Sabah juga berlaku pd awal pagi 26 Dis 1996 yg meragut beratus nyawa.Adakah semuanya ini 'coincidental'?Bukankah pd malam sebelumnya iaitu 25 Dismbr di bnyk tempat di dunia ini,ramai manusia yg lupa daratan,mabuk & erpoya-poya? Pd pagi 26 Dis 2004,di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut |
ok lah... aku ni bknnye nak kata apa. cuma, org2 kita ni kan... pandai je buat kaitan tarikh2 ke, nombor2 ke... ada je idea diorg. so, kat sini aku cuba la mencabar serba sedikit pemikiran aku dan org2 lain jgk.
fakta2 yg diberi kat msg tu, semua betul kecuali gempa bumi kat china tuh. fakta yg lebih tepat ialah, ia berlaku 25 Dec 1932 di Kansu, China. itu pun, sebelum tu dah berlaku gempabumi yg lagi teruk di tempat yg sama pada 16 Dec 1920. lps tu, pasal temasya memuja laut tu, takde pulak dlm berita. mana diorang ni tau? dan2 je diorg nih. (err... 'diorg' merujuk kpd org2 yg buat msg nih) lps tu pulak kan, setau aku la... org berpoya2 mabuk2 masa christmas party. iaitu lazimnya diadakan pada christmas eve, 24/12. pada mlm 25/12 rasanya org raya krismas kat rumah je. kenapa pulak tuhan nak tunggu sampai 2 hari baru nak bg bala? pulak tu, apsal bg bala teruk kat Acheh? apsal tak turun kat U.S? kat sana lg ramai org mabuk2...
lg kan.. yg gempabumi2 yg diorg list kan ni, bknnya yg paling teruk. kecuali yg baru2 ni tu la. yg kat Bam, Iran tu kira teruk la tapi bkn yg paling teruk. klik sini utk tau earthquake paling teruk (tak termasuk yg baru berlaku ni dan yg kat Bam Iran).
lps tu kan, yg kat wilayah Erzincan, Turki tu... pun bkn paling teruk! ada lagi paling teruk 13 Mac 1999. tu pun, bknnya baru dua kali gempa kat Turki. start thn 1939, lps tu 1942, 1943, 1944, 1951, 1957, 1967 dan last skali 1999 (paling teruk). so, argument aku... dah mmg kawasan dia tu kawasan gempa. ngape pulak nak kaitkan 26 Dec?
ooOO... nak main2 dgn nombor ye? haa.. meh! kalau ikutkan, gempa bumi 1999 paling teruk di Turki tu, 13 Mac 1999 bersamaan 9 Ramadhan 1412. haa.. sape pulak yg berpoya2 time bulan pose nih?! yg dekat Iran tu... apa bala tuhan turun dekat Iran? ngaper tak turun kat Israel? nak main nombor lagi? jom! gempabumi ke-4 paling teruk berlaku dlm abad ke-20, ialah di Messina, Italy pada 28 Dec 1908 bersamaan 4 Zulhijjah 1326! itu musim haji tu! lagi 4 hari je org nak start tawaf kat ka'abah. hah? ada ke org berpoya2 sambil melontar, wukuf, sa'ei kat Mekah nuh? kalau ada pun, naper pulak gempa kat Italy?
ok la... cukup la aku membebel setakat nih sahaja. sbb kan, 5 kejadian yg berlaku pada 26 Dec tu... 2 je yg besar (Iran dan Hindi Ocean). 1 kes ribut greg, dan lagi 2 kes iaitu Turki dan China tu... tmpt tu mmg selalu berlaku gempa. dan dlm byk2 gempa tu, ada la tarikh 26 Dec. alaa.. yg kat china tu pun 25 Dec sebenarnya. so, takyah la kita percaya sgt benda2 taghut nih. mengarut. bknnye aku tak percaya pada bala tuhan, tapi tak perlu bermain2 dgn nombor. setiap kali berlaku fenomena alam, maka insaflah kita bahawa benda ni semua tuhan yg buat. samada bala atau rahmat, kita tak tau. jgn la kita lekas je percaya dgn permainan tarikh atau nombor oleh org2 tertentu. buat la research sket...
p/s - aku sebenarnya tensen. bukak je email, berlambak2 email org forward pasal 26 Dec nih. lps tu, on je YM, ada je offline msg daripada sape2 tah pasal benda ni jgk...! hoh!! coming soon: conspiracy di sebalik earthquake lautan hindi. jeng..jeng~!
No comments:
Post a Comment